-
Wakafkan masjid dan ruang solat demi keselesaan saudara seagama kita menunaikan ibadah.
Derma Sekarang
Bantu kami dirikan masjid sebagai tempat ibadah dan perlindungan buat pelarian yang kehilangan segalanya.
Lihat Lebih Lanjut
Usaha menaik taraf masjid meliputi pembaikan tempat wuduk, tandas, ruang solat dan struktur bangunan yang usang.
Lihat Lebih Lanjut
Sediakan ruang solat yang selesa buat saudara yang terpaksa beribadah dalam serba kekurangan.
Lihat Lebih Lanjut
Bina Masjid di Dunia ini & Bina Istanamu di Jannah
Di Global Ehsan Relief, dengan kerjasama rakan kongsi antarabangsa kami, kami berdedikasi untuk membina masjid baharu dan memulihkan masjid yang rosak di beberapa negara.
Anda berpeluang untuk menyumbang dengan membiayai keseluruhan kos masjid atau membuat sebahagian daripada sumbangan. Ini merupakan satu bentuk Sadaqah Jariyah (kebajikan berterusan) yang luar biasa, kerana penderma menerima ganjaran berterusan selagi masjid tersebut berfungsi.
Dengan membantu membina sebuah masjid, anda bukan sahaja akan memperoleh sedekah yang berterusan, tetapi juga berkongsi doa dan berkat yang dipanjatkan oleh para jemaah, lama selepas masjid itu siap dibina.
Di banyak negara yang memerlukan, masjid-masjid berada dalam keadaan uzur dan tidak lagi mampu menampung keperluan jemaah dengan selesa dan selamat.
Sebahagiannya tiada ruang solat yang diasingkan untuk jemaah lelaki dan wanita, sekali gus menjejaskan keselesaan serta tertib dalam beribadah.
Usaha baik pulih ini melibatkan pembaikan menyeluruh termasuk tempat wuduk, tandas, ruang solat serta struktur bangunan yang telah usang.
Tidak semua mampu mewakafkan sebuah masjid sepenuhnya, namun setiap orang boleh merebut peluang pahala yang sama.
Dengan menyumbang kepada wakaf ruang solat, anda membantu membina tempat ibadah yang lebih selesa untuk saudara kita dan pahala dari wakaf ini akan terus mengalir selama ia dimanfaatkan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.