Meringankan Beban Golongan Asnaf
Kos sara hidup yang semakin meningkat memberi kesan besar kepada golongan asnaf.
Melalui Dana Ehsan, bantuan berupa barangan dapur dan wang saku disalurkan bagi meringankan beban mereka
Sumbangan anda akan membantu menyediakan:
- Pek bantuan makanan (barangan dapur)
- Wang saku untuk keperluan harian
Dana Ehsan
Beban golongan asnaf terasa ringan bila ada tangan yang sudi menghulur.
Dari Hati Penerima
Meringankan Beban Sesama Insan
Bagaimana Anda Boleh Membantu
Pilih Pakej Tajaan
.
Projek Ehsan Lokal Yang Anda Boleh Sokong
.
Ehsan Baby Care
Meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk membesarkan bayi dan anak kecil dengan menyediakan sokongan keperluan asas.
Ehsan Anak Yatim
Meringankan beban keluarga yang menjaga anak-anak yatim dengan menyediakan sokongan keperluan asas dan kebajikan harian.
Ehsan Ibu Tunggal
Inisiatif untuk membantu ibu tunggal memenuhi keperluan harian anak-anak melalui bantuan yang disalurkan.
Ehsan Warga Emas
Dijalankan khas untuk membantu warga emas yang tiada pendapatan tetap dengan menyediakan barangan dapur dan keperluan khas yang lain.
Ehsan Insan Istimewa
Bantuan khusus untuk insan istimewa dalam bentuk barangan dapur dan keperluan khas yang mereka perlukan.
Ehsan Pendidikan
Menyasarkan murid kurang berkemampuan dengan menyediakan barangan persekolahan asas agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran.
Kindness Day
Projek unik yang bertujuan memupuk semangat berkongsi kebaikan dengan mengedarkan minuman atau makanan ringan secara percuma kepada komuniti setempat.
Share A Meal
Share A Meal ialah projek istimewa yang menyantuni komuniti kurang berkemampuan melalui pemberian hidangan panas.