Membela Nasib Warga Emas
Di usia senja, ramai warga emas masih bergelut dengan kos sara hidup, ada yang terpaksa bekerja meskipun tubuh semakin lemah.
Ehsan Warga Emas hadir untuk meringankan beban mereka dengan bantuan asas dan sedikit ketenangan di penghujung usia.
Sumbangan anda akan membantu menyediakan:
- Pek bantuan makanan (barangan dapur)
- Lampin pakai buang dewasa
- Wang saku untuk keperluan harian
Ehsan Warga Emas
Sedikit daripada kita, begitu berharga buat mereka yang melalui usia senja.
Bagaimana Anda Boleh Membantu
Pilih Pakej Tajaan
.
Projek Ehsan Lokal Yang Anda Boleh Sokong
.
Ehsan Baby Care
Meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk membesarkan bayi dan anak kecil dengan menyediakan sokongan keperluan asas.
Ehsan Anak Yatim
Meringankan beban keluarga yang menjaga anak-anak yatim dengan menyediakan sokongan keperluan asas dan kebajikan harian.
Ehsan Ibu Tunggal
Inisiatif untuk membantu ibu tunggal memenuhi keperluan harian anak-anak melalui bantuan yang disalurkan.
Ehsan Insan Istimewa
Bantuan khusus untuk insan istimewa dalam bentuk barangan dapur dan keperluan khas yang mereka perlukan.
Ehsan Pendidikan
Menyasarkan murid kurang berkemampuan dengan menyediakan barangan persekolahan asas agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran.
Dana Ehsan
Dilaksanakan bagi membekalkan keperluan asas seperti barangan dapur dan keperluan harian kepada golongan asnaf yang memerlukan.
Kindness Day
Projek unik yang bertujuan memupuk semangat berkongsi kebaikan dengan mengedarkan minuman atau makanan ringan secara percuma kepada komuniti setempat.
Share A Meal
Share A Meal ialah projek istimewa yang menyantuni komuniti kurang berkemampuan melalui pemberian hidangan panas.