-
Telaga yang menggunakan pam tangan untuk mengeluarkan air bawah tanah di kawasan tanpa elektrik.
Lihat Lebih Lanjut
Telaga ini menggunakan pam motor elektrik yang boleh mencapai kedalaman 9 hingga 30 meter.
Lihat Lebih Lanjut
Telaga gabungan pam manual dan pam elektrik yang fleksibel untuk memudahkan pengambilan air bersih.
Lihat Lebih Lanjut
Telaga yang dilengkapi tangki air berkapasiti besar yang mampu membekalkan air bersih untuk keperluan harian sehingga 70 penduduk.
Lihat Lebih Lanjut
Sediakan tangki air bersih untuk penduduk Syria, Yaman & Gaza yang terputus bekalan air akibat sekatan yang berlaku.
Lihat Lebih Lanjut
Telaga yang menggunakan pam tangan untuk mengeluarkan air bawah tanah di kawasan tanpa elektrik. Serendah RM95 untuk satu lot, anda boleh menjadi sebahagian daripada wakaf telaga ini.
Sri Lanka dan Pakistan sedang menghadapi krisis air yang teruk akibat kemarau, perubahan iklim dan kekurangan infrastruktur, menyebabkan ramai terpaksa bergantung kepada sumber air tercemar.
Harga: RM95 / 1 lot, RM950 / 1 telaga
Telaga Air Elektrik
Pam motor elektrik yang dipasangkan dapat menjimatkan masa serta tenaga apabila menadah bekalan air. Serendah RM115 satu lot, anda boleh wakaf telaga elektrik kecil untuk bekalkan air bersih kepada komuniti yang memerlukan.
Kemboja merupakan salah satu negara yang menghadapi masalah akses kepada air bersih, khususnya di kawasan luar bandar.
Harga: RM115 / 1 lot, RM1150 / 1 telaga
Telaga air hibrid merupakan gabungan pam tangan air manual dan elektrik. Dengan RM130 satu lot, anda wakafkan telaga hibrid yang membekalkan air bersih buat negara yang terjejas.
Telaga hibrid amat diperlukan di Kemboja kerana ia boleh digunakan walaupun tiada bekalan elektrik, memastikan penduduk tetap mendapat akses kepada air bersih.
Harga: RM130 / 1 lot, RM1,300 / 1 telaga
Telaga solar menggunakan tenaga matahari untuk mengepam air dengan lebih jimat dan mesra alam. RM375 satu lot, wakafkan telaga solar sebagai sumber air bersih berterusan untuk ratusan nyawa yang amat memerlukan.
Kemboja dan Sri Lanka sesuai untuk telaga solar kerana tidak semua kawasan mempunyai bekalan elektrik, dan telaga ini mampu membekalkan air bersih secara berterusan.
Harga: RM375 / 1 lot, RM7500 / 1 telaga
Telaga Air Komuniti dilengkapi tangki besar yang membekalkan lebih banyak air bersih. Dengan RM280 satu lot, anda menyumbang ke arah pembinaan telaga komuniti.
Telaga ini sesuai dibina di Kemboja dan Sri Lanka kerana ramai penduduk dapat memanfaatkannya untuk keperluan harian seperti minum, memasak dan kebersihan.
Harga: RM280 / 1 lot, RM2800 / 1 telaga
Akses kepada air bersih semakin kritikal di Syria, Yaman & Gaza, memaksa ramai bergantung pada sumber air tercemar untuk terus hidup. Sediakan tangki air untuk mereka bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi semasa krisis.
Di Syria, Yaman & Gaza, krisis air yang berpanjangan menyebabkan ramai kanak-kanak jatuh sakit akibat terpaksa minum air tercemar, sekali gus meningkatkan risiko penyakit seperti cirit-birit, kolera dan jangkitan usus.
Syria & Yaman - Harga: RM100 / 1K Liter
Syria & Yaman - Harga: RM500 / Setangki
Gaza - Harga: RM250 / 1K Liter
Gaza - Harga: RM1,500 / Setangki