Intro img Intro image

Kempen Akhir Tahun

Tahun ini hampir berakhir, jadikan setiap ringgit anda harapan baharu buat saudara yang memerlukan. Satu tajaan daripada anda mampu mengubah segalanya.

Tutup Akhir Tahun Anda dengan Pahala yang Berpanjangan.


Bukan semua hadiah boleh dibeli.


Selimut tebal untuk keluarga yang kesejukan, sujud pertama di ruang solat yang anda bina, senyuman anak yatim di depan Kaabah, dan beg baharu di bahu seorang pelajar.


Inilah hadiah yang pahalanya terus mengalir. Tajaan anda memberi cahaya harapan buat mereka teruskan melangkah kedepan.

Mulakan Kebaikan

 

 

Pahala Tanpa Henti

Wakaf Ruang Solat

“Satu ruang kecil untuk sujud, pahala yang tidak pernah putus.”


Bayangkan satu hari nanti, setiap ruang solat yang anda wakafkan telah menjadi sebuah masjid. Di dalamnya, ada insan yang bersujud, berdoa dan menangis dalam tenang.


Anda tidak mengenali mereka, tetapi setiap sujud mereka menjadi pahala yang mengalir untuk anda, walaupun anda sudah tiada.


𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧:
🔸 𝐑𝐌𝟐𝟓
🔸 𝐒𝐞𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐇𝐚𝐭𝐢

Wakaf Sekarang
Jangan Biarkan Mereka Kedinginan

Bantuan Kecemasan Musim Sejuk

“Bagi kita, ia hanya selimut. Bagi mereka, ia adalah harapan untuk hidup sehingga esok.”


Di Gaza, Jordan, Syria dan Lubnan, khemah nipis dan koyak itu sahajalah tempat untuk mereka berlindung dari cuaca yang mengancam nyawa. Hujan masuk, angin sejuk menembusi dan anak-anak tidur dalam keadaan menggigil.


Bantu mereka melalui malam yang panjang ini. Sumbangan anda akan disalurkan kepada bantuan yang paling diperlukan: Makanan panas, Pek Makanan, Kit Maruah, Kit Perlindungan, Pakaian Musim Sejuk dan Makanan & Kehangatan Keluarga.


𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧:
🔸 𝐑𝐌𝟗𝟎
🔸 𝐒𝐞𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐇𝐚𝐭𝐢

Hulurkan Kehangatan
Harapan Seorang Anak Kecil

Back to School

“Setiap anak berhak untuk belajar dan bercita-cita.”


Ada anak yang hanya mampu memandang dari jauh, melihat kawan-kawannya melangkah ke sekolah dengan beg yang baharu, kasut yang bersih, baju sekolah yang kemas dan kelengkapan yang lengkap.


Dia juga mahu belajar & bercita-cita. Tetapi dia tiada apa untuk dipakai ke sekolah. Jadikan impiannya nyata dengan beg, kasut, pakaian dan kelengkapan sekolah baharu serta peluang untuk terus belajar.


𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧:
🔸𝐑𝐌𝟐𝟎𝟎 (𝐓𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡)
🔸𝐒𝐞𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐇𝐚𝐭𝐢

Taja Sekarang
Perjalanan yang Tidak Pernah Mereka Sangka.

Umrah untuk Anak Yatim

"Mereka kehilangan seorang ibu atau ayah, tetapi doa mereka tetap hidup.”


Bayangkan air mata seorang anak yatim ketika pertama kali melihat Kaabah. Hatinya bergetar, tangannya terangkat dan dia berdoa untuk ayah atau ibu yang telah pergi.


Mungkin ini satu-satunya peluang dalam hidupnya. Anda boleh menjadi sebab mereka sampai ke Tanah Suci.


𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧:
🔸𝐑𝐌𝟏,𝟗𝟎𝟎 𝐓𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐫𝐮𝐡
🔸𝐑𝐌𝟑,𝟖𝟎𝟎 𝐓𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡
🔸𝐒𝐞𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐇𝐚𝐭𝐢

Taja Umrah Mereka

 

 

Tajaan Akhir Tahun

Pilih pakej tajaan yang anda ingin bantu bermula serendah:

RM25

Wakaf Ruang Solat

Bantu Sekarang

RM90

Bantuan Kecemasan Musim Sejuk

Bantu Sekarang

RM200

Back to School

Bantu Sekarang

RM1,900

Tajaan Separuh Umrah untuk Anak Yatim

Bantu Sekarang

RM3,800

Tajaan Penuh Umrah untuk Anak Yatim

Bantu Sekarang