Memupuk Semangat Berkongsi
Kindness Day diwujudkan untuk memupuk budaya saling berkongsi kebaikan dalam komuniti.
Ia terbuka kepada semua, di mana siapa pun boleh memberi dan siapa pun boleh menerima, tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Program ini dijalankan di:
- Masjid
- Surau
- Taman
- Kawasan tumpuan awam
Kindness Day
Kebaikan tidak mengenal batas bangsa atau agama.
Bagaimana Anda Boleh Membantu
Pilih Pakej Tajaan
.
Projek Ehsan Lokal Yang Anda Boleh Sokong
.
Ehsan Baby Care
Meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk membesarkan bayi dan anak kecil dengan menyediakan sokongan keperluan asas.
Ehsan Anak Yatim
Meringankan beban keluarga yang menjaga anak-anak yatim dengan menyediakan sokongan keperluan asas dan kebajikan harian.
Ehsan Ibu Tunggal
Inisiatif untuk membantu ibu tunggal memenuhi keperluan harian anak-anak melalui bantuan yang disalurkan.
Ehsan Warga Emas
Dijalankan khas untuk membantu warga emas yang tiada pendapatan tetap dengan menyediakan barangan dapur dan keperluan khas yang lain.
Ehsan Insan Istimewa
Bantuan khusus untuk insan istimewa dalam bentuk barangan dapur dan keperluan khas yang mereka perlukan.
Ehsan Pendidikan
Menyasarkan murid kurang berkemampuan dengan menyediakan barangan persekolahan asas agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran.
Dana Ehsan
Dilaksanakan bagi membekalkan keperluan asas seperti barangan dapur dan keperluan harian kepada golongan asnaf yang memerlukan.
Share A Meal
Share A Meal ialah projek istimewa yang menyantuni komuniti kurang berkemampuan melalui pemberian hidangan panas.