Santuni Anak Yatim Dalam Negara
Lebih 300,000 anak yatim di Malaysia memerlukan sokongan berterusan, terutamanya dalam aspek kewangan dan pendidikan.
Inisiatif ini bertujuan meringankan beban penjaga serta memastikan kebajikan anak-anak ini terus terpelihara.
Sumbangan anda akan membantu menyediakan:
- Pek bantuan makanan (barangan dapur)
- Wang saku untuk keperluan harian
Ehsan Anak Yatim
Menyantuni anak yatim adalah kunci kepada pintu keberkatan.
Bagaimana Anda Boleh Membantu
Pilih Pakej Tajaan
.
Projek Ehsan Lokal Yang Anda Boleh Sokong
.
Ehsan Baby Care
Meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk membesarkan bayi dan anak kecil dengan menyediakan sokongan keperluan asas.
Ehsan Ibu Tunggal
Inisiatif untuk membantu ibu tunggal memenuhi keperluan harian anak-anak melalui bantuan yang disalurkan.
Ehsan Warga Emas
Dijalankan khas untuk membantu warga emas yang tiada pendapatan tetap dengan menyediakan barangan dapur dan keperluan khas yang lain.
Ehsan Insan Istimewa
Bantuan khusus untuk insan istimewa dalam bentuk barangan dapur dan keperluan khas yang mereka perlukan.
Ehsan Pendidikan
Menyasarkan murid kurang berkemampuan dengan menyediakan barangan persekolahan asas agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran.
Dana Ehsan
Dilaksanakan bagi membekalkan keperluan asas seperti barangan dapur dan keperluan harian kepada golongan asnaf yang memerlukan.
Kindness Day
Projek unik yang bertujuan memupuk semangat berkongsi kebaikan dengan mengedarkan minuman atau makanan ringan secara percuma kepada komuniti setempat.
Share A Meal
Share A Meal ialah projek istimewa yang menyantuni komuniti kurang berkemampuan melalui pemberian hidangan panas.