Rekod Bantuan Kecemasan Yaman
Berikut adalah Rekod Pengagihan Bantuan Kecemasan di Yaman.
BANTUAN YANG DIBERIKAN
Masakan Panas, Bantuan Pek Makanan, Roti, Barangan Keperluan Bayi, Gas Memasak, Pemanas, Kit Kebersihan, Hidangan Iftar, Jaket dan Kasut, Kit Perlindungan, Pakaian Musim Sejuk, Kit Musim Sejuk, Bantuan Air Bersih dan Keperluan lain seperti Khemah, Pakaian dan Barangan Dapur.
Rekod Bantuan yang Telah Disalurkan kepada Yaman sejak 2019:
15,000
Masakan panas diagihkan kepada 15,000 penerima.
8,353
Barangan keperluan bayi seperti susu formula dan makanan kanak-kanak untuk 1,900 penerima.
1,000
Kit kebersihan dibekalkan kepada 3,000 penerima.
50
Pemanas disediakan untuk menghangatkan 50 penduduk Yaman.
500
Hidangan iftar telah disajikan kepada 500 penduduk Yaman.
2,757
Pek bantuan makanan telah diberikan untuk meringankan beban seramai 13,785 penerima.
400
Buku roti telah disalurkan untuk mengalas perut 1,200 penerima.
200
Selimut telah diberikan kepada 700 orang penerima.
500
Jaket dan kasut telah diberikan untuk 500 penerima yang memerlukan.
20
Keperluan lain-lain seperti khemah, pakaian dan barangan dapur turut diberikan untuk 20 penerima.
7, 968, 800 ℓ
Bantuan air bersih telah disalurkan untuk menampung keperluan seramai 26,300 penduduk Yaman.
1
Kilang roti telah dibina untuk menghasilkan roti buat 7,000 penduduk Yaman.
200
Gas memasak disalurkan untuk 200 keluarga yang memerlukan.
150
Kit perlindungan turut diberikan kepada 350 penduduk Yaman.
1,100
Pakaian dan Kit musim sejuk telah diagihkan kepada 1,100 penerima.
FASA BANTUAN
FASA 1 - 2020
Bantuan meliputi 200 unit roti, 1,500 hidangan makanan dimasak dan makanan sekolah, 1,150 pek bantuan makanan, 400 kit kebersihan, 500 hidangan iftar, 400 unit susu untuk kanak-kanak, 20 unit keperluan lain (NFI), dan 200 kit musim sejuk.
FASA 2 - 2021
6,953 unit susu dan makanan kanak-kanak, 100 unit roti, 2,000 hidangan masakan panas dan makanan sekolah, 300 pek bantuan makanan, 100 kit kebersihan, 100 kit perlindungan, dan 100 pakaian musim sejuk.
FASA 3 - 2022
Bantuan termasuk 100 unit roti, 3,000 hidangan masakan panas dan makanan sekolah, 100 pek bantuan makanan, 50 pemanas, 50 kit perlindungan, dan 100 pakaian musim sejuk.
FASA 4 - 2023
1,000 unit susu dan makanan kanak-kanak, 7, 968, 800ℓ bantuan air bersih telah disalurkan untuk menampung keperluan seramai 26,300 penduduk Yaman, 1 kilang roti, 500 hidangan masakan panas dan makanan sekolah, 500 pek bantuan makanan, serta 500 kit kebersihan.
Di samping itu, atas sumbangan anda, kami juga berjaya menyalurkan bantuan air bersih untuk Yaman:
2019
Sebanyak 14 trak bekalan air minuman harian telah dihantar dengan jumlah keseluruhan sebanyak 175,000 liter.
2020
Tangki air telah dibekalkan dengan kapasiti harian sebanyak 10,000 liter, bulanan sebanyak 300,000 liter, dan jumlah tahunan sebanyak 3,600,000 liter.
2021
Melalui program "Care For Clean Water" dari Julai 2021 hingga Julai 2022, bekalan air harian sebanyak 5,000 liter telah disalurkan, menjadikan jumlah keseluruhan bekalan air sebanyak 1,825,000 liter sepanjang tempoh tersebut.
2022 - 2023
Bermula dari Oktober 2022 hingga September 2023, dua tangki air telah ditempatkan di Kampung Quraee dengan bekalan harian sebanyak 98,700 liter.
Selain itu, dua tangki air juga telah ditempatkan di kawasan Aldawajen dengan bekalan harian yang sama, iaitu 98,700 liter.
Bantuan ini telah memberi manfaat kepada 525 orang dengan jumlah keseluruhan bekalan air sebanyak 2,368,800 liter.