KEPERLUAN MASJID UNTUK PELARIAN SYRIA
Menurut laporan Rangkaian Hak Asasi Manusia Syria, lebih 13,000 masjid telah musnah sejak 2013 semasa perang saudara. 4.7 juta daripada 13 juta pelarian yang dipindahkan terpaksa menyambut hari raya di kem-kem, dan ramai lagi yang tidak mempunyai tempat ibadah yang sesuai.
Memandangkan tiada masjid di banyak wilayah, pelarian Syria (terutamanya mereka yang tinggal jauh dari pusat bandar) bersolat di masjid yang diperbuat daripada khemah. Amat mencabar bagi mereka untuk menunaikan solat harian dan solat Jumaat di khemah-khemah ini, tanpa kemudahan yang sesuai untuk berwuduk. Kanak-kanak prasekolah dan yang sedang bersekolah juga berusaha untuk mendapatkan pendidikan al-Quran di khemah-khemah ini.
Matlamat kami adalah untuk:
• Mewujudkan persekitaran yang baik untuk solat fardhu dan solat Jumaat.
• Menyediakan persekitaran pendidikan untuk anak-anak yang mengambil pelajaran Al-Quran.
• Menjalankan aktiviti sosial yang lain.
TEMPAT IBADAH BAGI PELARIAN SYRIA
Masjid Al-Fattah merupakan masjid yang amat diperlukan oleh pelarian Syria dan akan dibina di sekitar kawasan rumah Pelarian Syria supaya penduduk dan pelarian mempunyai tempat ibadah berdekatan dengan mereka. Masjid 2 tingkat itu mampu menampung seramai 800 jemaah. Ia juga akan digunakan sebagai pusat pendidikan untuk anak-anak mempelajari al-Quran. Ini akan menjadi masjid ke-2 yang dibina oleh Global Ehsan Relief untuk komuniti pelarian Syria. Yang pertama iaitu Masjid Ar-Rayyan telah siap dibina pada tahun 2022.
Dengan kos serendah RM300,000, Masjid Al-Fattah akan memberikan manfaat yang besar untuk generasi akan datang. Apa yang kami perlukan adalah 1,000 orang untuk menderma RM300 dan Insha Allah masjid itu boleh disiapkan menjelang Disember tahun ini (2023).
BILANGAN MASJID YANG TELAH KAMI BINA
40 ASIA 20 AFRIKA 1 TIMUR TENGAH
SEDEKAH JARIAH YANG TERBAIK
Pahala yang datang dengan membina masjid itu tiada penghujung - bayangkan ganjaran yang akan anda terima daripada setiap solat yang dilaksanakan di masjid yang dibina atas hasil tajaan anda.
“Barangsiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membangunkan untuknya rumah yang sebanding dengannya di Syurga.” (Bukhari & Muslim)
Saudara-saudara Syria kita sangat memerlukan masjid. Oleh itu, jangan biarkan peluang membina istana kita sendiri di Jannah ini disia-siakan begitu saja. Mari sumbangkan dana pada hari ini sempena kempen Masjid Al-Fattah untuk membina masjid dan membantu saudara-saudara Syria kita solat berjemaah dalam keadaan selesa dan selamat.
TAJA #MASJIDUNTUKPELARIANSYRIA
CARA LAIN ANDA BOLEH MENDERMA
Menderma secara selamat di laman web kami.
Kami menawarkan platform menderma yang selamat menggunakan :
Paypal, Debit atau Kad Kredit
PEMINDAHAN BANK
Yayasan Global Ehsan Malaysia
Maybank : 5511-3755-0534
Hantar butiran melalui email :
CEK
Hantar Cek ke :
Yayasan Global Ehsan Malaysia (YGEM), 21, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya
80350 Johor Bahru, Johor
TUNAI/KAD
Waktu Pejabat:
Isnin - Jumaat : 9AM - 5PM
Sabtu - Ahad : Tutup
Cuti Umum : Tutup