FAQ RAMADHAN 2024
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi).
PENGERTIAN RAMADHAN
Pengertian Ramadhan menurut bahasa, puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu, seperti makan, minum dan bercakap.
Manakala, pengertian Ramadhan dari segi syara’ pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.
FAQ RAMADHAN
(1) Hukum berpuasa pada Bulan Ramadhan.
-
Wajib bagi umat Muslim yang sudah baligh.
(2) Hukum niat puasa di bulan Ramadhan.
-
Niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu.
(3) Bilakah niat puasa itu patut dilakukan?
-
Niat puasa boleh dijatuhkan selepas masuk waktu maghrib hingga ke sebelum waktu subuh keesokan harinya sebelum berpuasa.
(4) Seseorang yang mengalami keadaan air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
-
Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.
(5) Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka bila tiba waktunya?
-
Sah puasa tetapi digalakkan mempercepatkan berbuka bila tiba waktu berbuka.
(6) Apakah hukum bersahur?
-
Hukum bersahur adalah Sunat.
(7) Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?
-
Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.
(8) Adakah sah puasa bagi orang yang pitam?
-
Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.
CARA PENGIRAAN FIDYAH
Kadar bayaran fidyah ialah sebanyak secupak atau 700 gram makanan asasi seperti beras, seperti beras, untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Situasi 1
Nur tidak berpuasa selama 10 hari pada Ramadhan tahun 2023. Nur belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadhan pada tahun 1445H (2024).
Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah Semasa]
10hari x RM1.75 (Kadar Fidyah Johor) = RM17.50
Situasi 2
Nur tidak berpuasa selama 10 hari pada Ramadhan tahun 2020 dan Nur belum menggantikan puasa-puasanya tersebut sehingga tahun 2023. Nur berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau untuk tahun berikut.
Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
(10hari x RM1.75 (Kadar Fidyah Johor) x 3 Tahun = RM52.50