top of page
IMG_0527.JPG

EHSAN RAMADAN DALAM NEGARA

Ramadan 2025 bakal tiba, dan inilah masanya untuk menguatkan iman dan meningkatkan amal soleh​. Maka rebutlah peluang di bulan mulia ini dengan perbanyakkan amalan, perbaiki amalan dan banyakkan bersedekah kerana segala ganjaran di bulan Ramadan ini, dilipat kali gandakan pahalanya.

Bulan Ramadan ialah bulan kesembilan dalam kalendar Islam yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh dengan pengampunan dan dilipatkali gandakan pahala amalan yang dikerjakan.

Selain daripada ibadah utama yang dijalankan seperti puasa dan solat sunat tarawih, sedekah dan zakat juga menjadi amalan yang sangat dinantikan oleh setiap umat Islam.​

Ini lah masanya mencontohi sunnah Rasullullah S.A.W.

RASULULLAH ADALAH MANUSIA PALING DERMAWAN TERUTAMA PADA BULAN RAMADAN

"Nabi adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." [HR Bukhari]

Antara projek yang dijalankan di bawah Projek Ehsan Ramadan dalam negara adalah:

 

  • Bantuan Pek Makanan Ramadan

  • Iftar Mingguan

  • Iftar dan Sahur 10 Malam Terakhir

  • Iftar Perdana bersama Anak Yatim

  • Pengagihan Bulanan Istimewa

  • Kindness Day

  • Zakat

  • Hadiah Hari Raya

BANTUAN PEK MAKANAN RAMADAN

Bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, dan barangan dapur lain diagihkan bagi membolehkan keluarga yang kurang berkemampuan dapat menyediakan iftar dan sahur sepanjang Ramadan.

IFTAR MINGGUAN

Menyediakan juadah berbuka puasa setiap minggu khusus untuk anak-anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru, untuk memastikan mereka dapat menikmati juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

GER01672.jpg

IFTAR DAN SAHUR 10 MALAM TERAKHIR

Rebut pahala berganda pada 10 Malam Terakhir Ramadan dengan menaja hidangan Iftar dan sahur buat mereka yang memerlukan, khusus anak yatim, asnaf dan anak-anak madrasah.

123A6784.jpg

IFTAR PERDANA BERSAMA ANAK YATIM

Iftar Perdana Bersama Anak Yatim adalah inisiatif untuk menyantuni anak-anak yatim dengan menjamu hidangan iftar secara beramai-ramai di masjid. Program ini turut diserikan dengan tazkirah dan solat berjemaah.

123A6413_edited.jpg

PENGAGIHAN BULANAN ISTIMEWA RAMADAN

Bantuan ini merangkumi keperluan asas yang meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan, membolehkan mereka menyediakan hidangan berbuka puasa untuk keluarga.

3F6A0790.jpg

KINDNESS DAY

Kindness Day edisi Ramadan meraikan semangat berkongsi dengan mengagihkan manisan atau makanan ringan secara percuma kepada penduduk setempat.

IMG_0204.jpg

ZAKAT

Setiap bayaran zakat yang diterima akan digunakan untuk membantu golongan asnaf menyambut Hari Raya dengan lebih bermakna.

123A6865.jpg

HADIAH HARI RAYA

Berikan keceriaan kepada anak-anak yatim dan asnaf melalui sumbangan anda yang akan digunakan untuk menyediakan baju raya dan duit raya.

Ehsan Ramadhan 2024
PEJABAT KAMI

IBU PEJABAT

3rd Floor, Rumah Rohas, 61, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur,

WP Kuala Lumpur

CAWANGAN

No. 21, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya 80350,

Johor Bahru, Johor, Malaysia

NO. PENDAFTARAN

Yayasan Global Ehsan Malaysia (1460635-V)

LANGGANI KAMI

Terima Kasih Kerana Melanggan!

HOTLINE: +6 012 - 234 0413

© 2025 by Global Ehsan Relief Malaysia

bottom of page